Tiap orang pasti punya definisi tersendiri apa itu sahabat ? Bagiku SAHABAT adalah orang yang boleh bersama kita di waktu susah dan senang yang sentiasa hadir saat kita memerlukan seorang pendamping ,seorang penasihat ,seorang penawar hati di kala duka dan penghibur di kala gembira .
Aku adalah orang yang teramat sukar mempercayai orang lain . Kerana itu hanya orang tertentu yang mampu ku kongsi segalanya dalam hidup ini yakni seorang yg bagiku seorang sahabat yang sejati .Kerana sahabat yang sejati sentiasa bersedia mengharungi pahit manis kehidupan tanpa mengira erti beban kerana baginya itulah nikmat kehidupan apabila ALLAH kurniakan seorang insan yang berhati murni bergelar SAHABAT . Pernahkah anda merasai pengalaman berikut ?? dan Nilai lah teman ada itu adalah SAHABAT sejati atau tidak ??
- Anda berceritalah apa sahaja , anda mengadu sebesar mana pun masalah anda hatta pukul 1 pg pun dia sentiasa merelakan telinganya untuk mendengar ,menyediakan bahunya sebagai tempat sandaranmu , sentiasa mennghulurkan tangan sebagai tempatmu berpaut atau pun sentiasa mententeramkan hatimu yang sedang gundah gulana . Di kala kau memerlukan nasihat dan buah fikiran dia sentiasa membantumu sebaik mungkin utk menyelesaikan apa jua masalah mu ... INILAH SAHABAT SEJATI BAGIKU
- MUngkin anda rapat dengnanya , tapi bila mana anda memerlukan seorang untuk mendengar rintihan hati ,bilamana anda memerlukan seorang untuk berkongsi msalah , dia seakan akan tidak berminat untuk melayani anda ... INI HANYA TEMAN DI KALA GEMBIRA ..
- Anda berkawan rapat dengannya mungkin 2 tahun ,tiga tahun hatta 5 tahun , tapi apabila ada insan lain yang juga teman2 anda yang lain dia mungkin melupai anda ..mungkin bgnya anda bukanlah sahabat yang diperlukan kerana itu dia tega meninggalkan atau mengabaikan anda ... INI MUNGKIN HANYA BOLEH KAU GELAR KAWAN ...TP BUKAN SEORANG SAHABAT YANG BOLEH BERSAMA ANDA DI KALA SUKA DAN DUKA .
Dalam hidup ini , ku akui sukar memuaskan hati semua pihak ... tp untuk mendapat seorang SAHABAT kita perlu menjadi seorang yang memenuhi kriteria sahanbat sejati tersebut kerana ssghnya give and take itu amat perlu dalam persahabatan .
Dimana jua kita berada , amat mudah untuk kita mencari seorang kawan , tapi untuk mencari seorang SAHABAT YANG SEJATI amat sukar sekali ,mungkin dlaam seribu yang kau kenali , yang kau rapati hanya seorang yang mampu memenuhi definisi SAHABAT SEJATI tersebut . Oleh itu hargailah dia ,jaglaah perasaannya , bajai dan siramilah benih-benih PERSAHABATAN ini agar terus mekar mewangi selamanya .
Dalam hidup ini , tidak semua benda yang boleh dikongsi ,tidak semua perkara yang perlu kau ceritakan kepada seorang yang hanya kawan kerana mungkin tiada manfaat untuk anda di sini kerana akhirnya insan yang bernama kawan itu tidak akan selamanya bersama anda ...di saat anda gembira mungkin dia hadir tapi di saat anda berduka seorang kawan ini tidak akan tega bersama nada kecuali seorang SAHABAT yang sejati .Seorang SAHABAT yang sejati lebih baik dari 1000 orang teman yang anda milik .
Terima Kasih kuucap kepada insan yang sudi bergelar SAHABAT sejati , yang sentiasa ada bila aku memerlukanmu , yang sentiasa menjadi pendamping tika suka dan duka ,yang sentiasa menasihati ku ke jalan kebenaran .Moga Allah merahmati kalian .