Wednesday, November 17, 2010
Bila hilang kepercayaan…….
Sahabat karib adalah insan yang sering bersama kita yang kita boleh berkongsi suka duka bersama .
Namun apabila kepercayaan yang diberikan kepada insan yg digelar sahabat Karib itu hilang sungguh perit rasanya .
Seorang sahabat yang sejati tidak akan mengaibkan sahabatnya di hadapan org lain ,sehingga org lain memberi persepsi buruk kepada sahabatnya .
Seorang sahabat sejati tidak akan membuka rahsia sahabatnya , kerana kepercayaan harus dipegang ,
Seorang shaabat yang sejati akan sentiasa menjaga nama baik sahabatnya ,
Sekilas pandangan ,seorang sahabat sejati tahu kiranya sahabatnya mempunyai masalah ,
Seorang sahabat yang sejati sentiasa bersama sahabatnya di saat suka dan duka .
Namun bilamana hilang kepercayaan kepada org yang terdekat dengan kita , terasa hebatnya ujian .
kalau mungkin org lain yg berkelakuan sebegitu tidak lah kita ambil peduli ,
namun jika itu adalah sahabat karib anda , kepercayaan yang diberikan selama ini seolah-olah terus hilang sekelip mata .
Wednesday, November 3, 2010
10 Soalan Sebelum Bertunang
Sel, 02 Nov 2010 09:50 | Ust. Maznah Daud | Editor: mawaryangtinggi
http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/1075-10-soalan-sebelum-bertunang.html
Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah suatu perkara yang mudah. Perkahwinan bererti memasuki suatu alam yang berlainan sama sekali dengan alam yang pernah dilalui sebelumnya, bak kata Tan Sri S M Salim dalam salah satu lagunya, 'dulu lain sekarang lain, dulu bujang sekarang dah kahwin'.
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai yang berjaya. Namun tidak kurang pula yang kecewa.
Al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa', bekas kadi ahwal syakhsiyyah di Kuwait menyimpulkan antara sebab berlakunya keretakan dan kegagalan dalam perkahwinan adalah kurang taaruf atau tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam sebelum berkahwin.
Taaruf yang mendalam atau mengenali bakal teman hidup sebelum melangsungkan perkahwinan sangat penting demi menjamin kesejahteraan dan keseimbangan dalam menjalani kehidupan berumahtangga.
Ini tidak bermakna pasangan mesti melalui alam percintaan sebelum berkahwin, kerap bertemu dan berhubung melalui panggilan telefon, sms, chatting dan sebagainya.
Percintaan sebelum berkahwin seperti yang dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka.
Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri yang sebenarnya. Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik sahaja di hadapan pasangannya.
Setelah berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan.
Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa' mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan.
Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di tempat suci dan terpencil.
Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.
10 soalan itu adalah:
1. Apakah wawasan hidupnya?
Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.
Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.
2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?
Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.
Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.
3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?
Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.
Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.
4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?
Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.
Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.
5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?
Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.
Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.
Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.
6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?
Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.
Orang macam mana yang anda cari?
7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?
Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.
Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.
8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?
Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.
9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?
Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.
Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.
Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.
10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?
Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.
Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.
Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.
Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?
Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.
Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.
Tuesday, November 2, 2010
Final exam
Bermula 12hb November aku akan berperang pula dengan final exam dimulai paper Secure Software . Harap-harapnya otakku masih boleh kuasah untuk mengingati apa jua yg dipelajaari .
Ya Allah ya Tuhanku , Sesungguhnya Engkau la Tuhan yang maha pengasih lagi Maha Penyayang .
Engkau jua yg tau apa jua yg detik di dalam hati kam . Ya Rahman Ya Rahim , berikanlah aku petunjuk , kurniakanlah aku kekuatan dan permudahkan lah aku menjawab dan menghadapi final exam ini dgn jayanya Ya Allah .Moga rahmatmu sentiasa menemaniku dan moga petunjuk dan hidayahMu sentiasa mengiringi setiap pertimbangan dan perlakuanku Ya ALLAH . Amiin.
Monday, November 1, 2010
Jodoh
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.
Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.
Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.
Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan.
Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.
Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.
Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.
Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.
Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.
Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.
Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.
Musim Haji datang lagi ...
Namun tanpa kita sedari , ujian itu menandakan betapa Allah menyayagi kita.Kerana manusia seringkali mengingati Allah dikala ditmpa kesusahan , namun di waktu senang kita sering melupaiNya .
Ya Allah ya tuhan kami , sesungguhnya kami ini hambamu yang seringkali lupa dan lalai dlaam mengerjakan tuntutanMu . Anugerahkanlah kami petunjuk dan hidayahmu dalam setiap perlakuan dan pertimbangan kami . Ya Allah jangan Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau berikan kami petunjuk dan hidayahMu . Jadikan kami ini hambamu yang sentiasa mensyukuri nikmatmu Ya Allah .
Thursday, October 7, 2010
Apa Erti SAHABAT ??
- Anda berceritalah apa sahaja , anda mengadu sebesar mana pun masalah anda hatta pukul 1 pg pun dia sentiasa merelakan telinganya untuk mendengar ,menyediakan bahunya sebagai tempat sandaranmu , sentiasa mennghulurkan tangan sebagai tempatmu berpaut atau pun sentiasa mententeramkan hatimu yang sedang gundah gulana . Di kala kau memerlukan nasihat dan buah fikiran dia sentiasa membantumu sebaik mungkin utk menyelesaikan apa jua masalah mu ... INILAH SAHABAT SEJATI BAGIKU
- MUngkin anda rapat dengnanya , tapi bila mana anda memerlukan seorang untuk mendengar rintihan hati ,bilamana anda memerlukan seorang untuk berkongsi msalah , dia seakan akan tidak berminat untuk melayani anda ... INI HANYA TEMAN DI KALA GEMBIRA ..
- Anda berkawan rapat dengannya mungkin 2 tahun ,tiga tahun hatta 5 tahun , tapi apabila ada insan lain yang juga teman2 anda yang lain dia mungkin melupai anda ..mungkin bgnya anda bukanlah sahabat yang diperlukan kerana itu dia tega meninggalkan atau mengabaikan anda ... INI MUNGKIN HANYA BOLEH KAU GELAR KAWAN ...TP BUKAN SEORANG SAHABAT YANG BOLEH BERSAMA ANDA DI KALA SUKA DAN DUKA .
Wednesday, January 20, 2010
Persediaan Sebelum Menunaikan haji

Satu hari nanti ,aku telah sematkan di hati dan minda bahawa aku pasti akan datang lagi menunaikan haji /umrah dan berpeluang beribadat dan mengunjungi baitullah . Pemergian hajiku sebelum ini mungkin dalam keadaan aku kurang bersedia mental , fizikal ,spiritual dan pengetahuan . InsyaAllah maklumat ini mungkin aku perlukan lagi dimasa akan datang dan mungkin diperlukan oleh kawan-kawan sebagai panduan sedikit demi sedikit .
1) NIAT adalah yang utama ..fahami tujuan , tanamkan niat dan laksanakan apa yg telah kita niatkan dengan amalan . Pastikan Niat kita yang utama adalah untuk menunaikan Rukun Islam yang ke5 dan beribadat kepada Allah SWT .Janganlah permulaan amalan kita dilakukan dengan niat selainnya contohnya untuk mencari jodoh , untuk berniaga dan sbgnya kerana niat itulah yang akan memimpin perlakuan dan amalan kita di tanah suci nanti .
2) ILMU penting kerana ibadat haji bukanlah mudah kerana perlu kita tau apa sebenarnya IBADAT HAJI & UMRAH ini . Jangalah sekadar ikut sahaja apa jua perlakuan org tanpa tau apa sebnarnya yg kita lakukan . Hadirilah Kursus2 haji Bersiri , tingkatkan pengetahuan melalui permbacaan buku2 panduan haji , pengalamn org menunaikan haji dan secara praktikalnya eloklah tonton panduan haji dalam bentuk video yg lengkap untuk meningkatkan pemahaman .
3) FIZIKAL kerana Haji amat memerlukan ketahanan fizikal contohnya
- melontar ,kita perlu berjalan pergi ke bagunan jamrah lebih kurang satu jam , meredah lautan manusia
- Tawaf memerlukan ketahanan fizikan melalui tolakan dan asakan jutaan manusia yg sama sama berjalan mengelilingi Kaabah untuk mengerjakan tawaf atau ada yg berasak2 ingin mendekati Makam Ibrahim atau ada yg bertolak-tolak untuk mencium hajarul aswad


4) KESABARAN sebenarnya amat-amat penting kerana kita seringkali teruji keimanan dan kesabaran kita menghadapi ragam pelbagai tingkah laku manusia .Contoh
- Di Mina , Tandas adalah amat terhad di mana kita perlu beratur dengan que yg panjang setiap kali ingin ke bilik air .di sinilah kita teruji kesabaran ,kerana pada masa inilah seringkali berlaku pertikaman mulut ,terkeluar perkataan yg agak biadap dll .
- Di Arafah dan Mina , kita hanya tidur berlapitkan permaidani di dlm khemah yg sederhana beramai-ramai di tempat yg agak sempit berbanding katil yang amat empuk di rumh kita yg mungkin bilik besar di rumah yg tidak perlu kita kongsi dengan sesiapapun
5) BUANG EGO - walaupun siapa kita sebelum bertolak ke tanah suci buanglah segala pangkat ,darjat ,status dan sbgnya dan anggaplah setiap kita sama saja seperti mana Allah tidak menilai sesorg itu tinggi rendah darjatnya melalui status dan hartanya tapi Allah menilai kita melaui iman dan takwa .
- Walaupun kita bergelar DATO' di Malaysia , bila sampai di tanah suci kita adalah hamba Allah yg dtg untuk beribadat kepadanya menunaikan rukun Islam yg ke 5 sama seperti jemaah haji yg lain , sama 2 perlu bersesak menunaikn tawaf ,saee perlu berjalan jauh untuk melontar jamrah ,perlu merasai kesulitan di Arafah dan mina dll .
- Kalau kita adalah pegawai besar /BOSS di tpt kerja jgn anggap keadaan itu akan sama semsa ita di tanah suci
Tinggallah segala pangkat dan darjat itu di Tanah air supaya dapat kita betul-betul merasai nikmat dan damainya beribadat seikhlas hati , dapat kita merasai cabaran dan kesulitan hidup untuk mendidik kita mejadi manusia yg sabar dan dpt kita mengenali pelbagai lapisan masyarakat kerana di situlah byk yg boleh kita pelajari dan ambik iktibar sebagai panduan meneruskan hidup .
Wednesday, January 6, 2010
Menunaikan Haji di Usia Muda
Tarikh 09/11/2009 (3.15ptg) , kami berangkat dari Kl ke Jedah menyusuri ruang udara selama 8 jam untuk smapai ke destinasi ,perjalanan paling jauh yg penah aku lalui . Namun itulah rasanya perjalanan yang tidak akan luput dari ingatan selamanya perjalanan untuk menunaikan Rukan Islam yang ke 5 dan menyusuri pengalaman terindah dalam hidup .
Alhamdullillah , kami selamat kembali ke tanah air dari Jedah pada 23 Desember 2009 .
Itulah antara pengalaman terindah dalam hidup . Moga Haji yang kami tunaikan adalah haji yang mabrur, haji yang diterima Allah SWT . Semoga dengan ibadat haji yang telah ditunaikan itu mampu memberi perubahan yang lebih baik kepada ku dari segi ibadat , sikap , pergaulan dan tingkah laku .InsyaAllah .
Aku adalah antara insan yang bertuah rasa nya sebab dapatku menunaikan haji di usia muda di kala tubuh badanku masih sihat ,segar dan bugar dan tenaga ku masih kuat untukku melaksanakan ibadat haji . Melihat keadaan warga emas makcik pakcik yang telah tua dan uzur yang sesetengahnya tidak ditemani anak2/keluarga , hatiku sering berkata alangkah sediih dan kesiannya melihat insan yang mempunyai keinginan untuk melaksanakan Rukun Islam ke5 ini walau fizikal ,mental dan tenaga tidaklah sekuat mana untuk melalui cabaran dan dugaan hebat dalam menyempurnakan ibadat haji ini .namun Allah amat mengetahui niat suci di hati mereka , walau dengan tenaga yang tidak sekuat mana , Alhamdulillah Allah mempermudhakan jua urusan haji mereka dan semoga kepayahan dan kesukaran yang dilalui dalam menyempurnakan ibadat ini akan diberi Allah ganjaran yang sewajarnya .
Banyak benda yang kupelajari dari pengamatan & pengalaman menunaikan haji ini . Yang penting fahami dan tetapkan niat kita . Bagi diriku sendiri , menunaikan haji bertemankan ibuku menuntut aku untuk tidak hanya melakukan sesuatu yang boleh memberi kepuasan kepada diriku tapi aku perlu mengambila kira keadaan , kemampuan dan kekuatan seorang ibu yang sudah berumur 69 tahun . Mana mungkin tenaga,kemampuan dan kekuatannya sama dengan ku ,mana mungkin permikiran dua generasi yang agak jauh bezanya ini boleh sehaluan dan mana mungkin dapatku puaskan hatiku sendiri sedangkan aku perlu menjaga hati seorang ibu walaupun kekadang darah muda ini seringkali meruntun untuk melakukan banyak perkara yang pada pengamatanku aku boleh lakukannya dgn fizikalku yang masih kuat .
Alhamdulillah ,aku fahami keadaan itu dan aku terimanya dengan reda kerana sesungguhnya apa jua yang aku lakukan aku perlu dahului ibuku .aku perlu lihat keadaan dan kemampuannya untuk melakukan sesuatu dan yang paling penting aku perlu perbanyakkan SABAR dan tabhakan hati . Sabarlah kunci segala2nya sebenarnya dan api janganlah dilawan juga dengan api , andainya diam itu yang terbaik itulah sebaiknya yang perlu kita lakukan .


