Tuesday, March 1, 2011

10 Tips Untuk Kempiskan Perut

http://www.iluvislam.com/gaya-hidup/kesihatan/1722-10-tips-untuk-kempiskan-perut.html


 

Inginkan otot abs yang kental, kempis dan menarik? Sebenarnya tidak lah sukar sangat. Anda tidak perlukan suplemen hebat, tak perlu peralatan yang canggih. Ikutilah tip-tip berikut:

  1. Penting kualiti daripada kuantiti! Tidak perlu melaku beratus-ratus sit ups setiap hari! 1 ataupun 2 sessi seminggu dengan latihan berkualiti adalah lebih baik. Don't overtrain.
  2. Untuk merangsangkan otot abs anda setiap sessi, pelbagaikan latihan abs ! Gunakan latihan yang berbeza untuk latih abs daripada sudut yang berbeza. Bahagian abs termasuk, upper, mid, lower dan obliques.
  3. Fokus kepada contraction otot abs semasa latihan! Make sure its your abs that is doing the work dan bukan bahagian otot yang lain (back, leher dll).
  4. Fokus kepada pernafasan. Hembus nafas ketika "exertion" (ataupun ketika melakukan "crunch"). Ini akan membolehkan anda contract otot abs dengan sebaik mungkin
  5. Untuk sessi workout abs, lakukan 2-3 latihan yang berbeza. Sebagai panduan, stick to 3 set bagi setiap exercise dan 15-20 ulangan (reps) bagi setiap set!
  6. Latihan abs yang terbaik tidak akan menolong anda untuk kempiskan perut selagi adanya lapisan lemak antara otot dan kulit!
  7. Penjagaan makanan adalah mustahak untuk memeliki bahagian perut yang cantik! Elakkan makanan berminyak, garam. Minum banyak air dan pastikan anda mengamalkan diet yang seimbang.
  8. Jaga kalori anda. Seperti mana yang saya katakana dahulu, anda perlu cipta kalori deficit untuk membakar lemak berlebihan.
  9. Latihan kardio ataupun bersukan adalah cara yang sesuai untuk membakar kalori berlebihan! It also makes dieting easier as kita tidak perlu jaga pemakanan dengan terlalu rapat!
  10. Jika anda telahpun kurangkan lemak badan tetapi tidak lagi nampak abs yang cantik, kurangkan pengambilan sodium (yang takung air badan) dan make sure semasa latihan, abs are fatigued. Tingkatkan ulangan ataupun beban jika perlu!

Mengapa Orang Kurus Pun Tetap Buncit?

Sebelum saya berjinak-jinak dengan gym, saya sering kali tertekan dengan perut saya yang buncit walaupun saya kurus.

Terdapat segilintir orang juga mengalami masalah yang sama. Mereka boleh menyembunyikan perut mereka ketika memakai pakaian, tetapi bila baju dibuka....jeng..jeng..jeng..

Berita baiknya masalah ini boleh diperbaiki tanpa perlu anda menjalani lipo suction. Pertama sekali anda perlu memahami bagaimana anda boleh membina perut yang buncit walaupun badan anda kurus.

1) Dalam tempoh beberapa tahun ini anda telah mengambil lebih banyak kalori daripada yang badan anda mampu bakar. Jadi kalori berlebihan ini akan disimpan di dalam perut anda sebagai lemak.

2) Selama ini anda telah mengambil makanan-makanan yang tidak sihat. Contohnya nasi lemak, roti canai, kentang goreng, pisang goreng, cucur udang, nasi goreng, burger goreng, ayam goreng, fast food, maggi, kepak ayam, pizza, teh tarik dan sebagainya. Makanan-makanan ini mengurangkan sensitiviti insulin anda dan akan terus disimpan di dalam perut anda yang buncit.

3) Anda tidak bersenam secara konsisten sepanjang minggu ataupun mungkin sepanjang tahun. Sekiranya anda mengamalkan 'kejap ada, kejap takda' secara berterusan, anda tidak akan mampu membina otot dan akhirnya memudahkan pengumpulan lemak di dalam badan anda.

4) Biasanya kebayakkan orang mudah terpengaruh dengan produk weight gainer dari kedai-kedai supplement atau iklan-iklan di TV. Jika anda mengambil weight gainer tetapi sekadar melakukan senaman dumbel dirumah sekali-sekala maka kalori berlebihan dari weight gainer itu akan turut tersimpan didalam perut anda.

Jadi saya harap kini anda sudah faham bagaimana masalah ini boleh berlaku. Ingat... walaupun anda kurus tidak bermakna anda boleh makan sesuka hati atau tidak bersenam terutamanya jika umur sudah meningkat.

Sama-samalah kita mengamalkan cara hidup yang sihat.