Wednesday, November 17, 2010

Bila hilang kepercayaan…….




Sahabat karib adalah insan yang sering bersama kita yang kita boleh berkongsi suka duka bersama .
Namun apabila kepercayaan yang diberikan kepada insan yg digelar sahabat Karib itu hilang sungguh perit rasanya .


Seorang sahabat yang sejati tidak akan mengaibkan sahabatnya di hadapan org lain ,sehingga org lain memberi persepsi buruk kepada sahabatnya .
Seorang sahabat sejati tidak akan membuka rahsia sahabatnya , kerana kepercayaan harus dipegang ,
Seorang shaabat yang sejati akan sentiasa menjaga nama baik sahabatnya ,
Sekilas pandangan ,seorang sahabat sejati tahu kiranya sahabatnya mempunyai masalah ,
Seorang sahabat yang sejati sentiasa bersama sahabatnya di saat suka dan duka .


Namun bilamana hilang kepercayaan kepada org yang terdekat dengan kita , terasa hebatnya ujian .
kalau mungkin org lain yg berkelakuan sebegitu tidak lah kita ambil peduli ,
namun jika itu adalah sahabat karib anda , kepercayaan yang diberikan selama ini seolah-olah terus hilang sekelip mata .

Wednesday, November 3, 2010

Mr & Mrs Right

10 Soalan Sebelum Bertunang

10 Soalan Sebelum Bertunang

Sel, 02 Nov 2010 09:50 | Ust. Maznah Daud | Editor: mawaryangtinggi

http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/1075-10-soalan-sebelum-bertunang.html


 0Share

Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah suatu perkara yang mudah. Perkahwinan bererti memasuki suatu alam yang berlainan sama sekali dengan alam yang pernah dilalui sebelumnya, bak kata Tan Sri S M Salim dalam salah satu lagunya, 'dulu lain sekarang lain, dulu bujang sekarang dah kahwin'.

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai yang berjaya. Namun tidak kurang pula yang kecewa.

Al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa', bekas kadi ahwal syakhsiyyah di Kuwait  menyimpulkan antara sebab berlakunya keretakan dan kegagalan dalam perkahwinan adalah kurang taaruf atau tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam sebelum berkahwin.

Taaruf yang mendalam atau mengenali bakal teman hidup sebelum melangsungkan perkahwinan sangat penting demi menjamin kesejahteraan dan keseimbangan dalam menjalani kehidupan berumahtangga.

Ini tidak bermakna pasangan mesti melalui alam percintaan sebelum berkahwin, kerap bertemu dan berhubung melalui panggilan telefon, sms, chatting dan sebagainya.

Percintaan sebelum berkahwin seperti yang dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka.

Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri yang sebenarnya. Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik sahaja di hadapan pasangannya.

Setelah berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan.

Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa' mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan.

Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan  pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di  tempat suci dan terpencil.

Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.

10 soalan itu adalah:

1. Apakah wawasan hidupnya?

Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.

Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?

Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.

Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?

Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.

Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.

Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?

Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.

Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.

Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?

Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.

Orang macam mana yang anda cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?

Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.

Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?

Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?

Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.

Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.

Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?

Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.

Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.

Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.

Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?

Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.

Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.

Tuesday, November 2, 2010

Final exam

Sedar tak sedar ,sudah 4 bulan aku melalui rutinku sebagai pelajar , mengembalikan nostalgia alam kampus yg telah lama ditinggalkan . Alhamdulillah ,so far so good , walaupun kekadang hidupku rasanya mcm tak terurus ..dengan kepenatan berkerja ...terpaksa pula mencari masa juga untuk menelaah dan menyiapkan tugasan yg menimbun . Istilah weekend sudah tidak applicable untukku kerana kelas bermula 9pg dan tamat 5 petang . Namun ,sekurang-kurangnya masa2 senggangku dapat diisi dengan sesuatu yg boleh memberi manfaat dalam hidupku . Moga aku terus tabah dan diberikan Allah kekuatan mengharungi segala cabaran untuk menamatkan pengajian Master Computer science (information Security ) ini .

Bermula 12hb November aku akan berperang pula dengan final exam dimulai paper Secure Software . Harap-harapnya otakku masih boleh kuasah untuk mengingati apa jua yg dipelajaari .

Ya Allah ya Tuhanku , Sesungguhnya Engkau la Tuhan yang maha pengasih lagi Maha Penyayang .
Engkau jua yg tau apa jua yg detik di  dalam hati kam . Ya Rahman Ya Rahim , berikanlah aku petunjuk , kurniakanlah aku kekuatan dan permudahkan lah aku menjawab dan menghadapi final exam ini dgn jayanya Ya Allah .Moga rahmatmu sentiasa menemaniku dan moga petunjuk dan hidayahMu sentiasa mengiringi setiap pertimbangan dan perlakuanku Ya ALLAH . Amiin.

Monday, November 1, 2010

Jodoh

Artikel ini diambil dari   http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/838-kenapa-aku-masih-solo.html


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.

Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.

Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.
Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.

Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan.
Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.

Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?

Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.

Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.

Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

Musim Haji datang lagi ...




Musim Haji datang lagi ...Labbaika Allahhumma labbaik  . Selamat menunaikan ibadat haji buat semua Umat islam yang telah diberi Allah peluang dan kesempatan menjadi tetamuNya untuk menunaikan ibadat haji .
Semoga ibadat haji yang dilakukan diterima Allah . InsyaAllah .

Menatap gambar kaabah sahaja meruntun hati ini untuk datang lg mengunjungi Baitullah  tempat yang paling tenang bagiku walau di kesibukan jutaan jemaah , namun menatapnya sahaja menjadikan jiwa kita tenang .
Moga Allah masih memberiku kesempatan untuk menjadi tetamuNya suatu hari nanti .InsyaAllah aku pasti akan datang lg menunaikan haji / umrah  .Moga dengan keazaman , Allah akan memudahkan niatku menyediakan peluang dan ruang istimewa untuk menjadi tetamuNya .

Sesungguh saat menunaikan haji ,hati ,fikiran dan seluruh jiwa kita dipusatkan untuk beriabadat kepada Allah ..jemaah akan seboleh mungkin menunaikan SOLAT 5 waktu di Masjidil Haram  .Menyaksikan ribuan saf dibarisi jutaan jemaah berimamkan Imam2 yang khusyuk yang adakalanya dapat kita saksikan tangisannya dalam mengalunkan ayat suci Al-Quran . di Makah /Madinah ,pasti  kita boleh mengkhatamkan Al-Quran sekurang-kurangnya sekali .Alhamdulillah dapat kita lihat sesungghnya masih ramai umat yang mengingati Allah ,melakukan suruhannya dengan penuh tawaduk, menginsafi kekhilafan diri ,menghayati keagungan dan kebesaran Allah di bumi  nan Indah  . Sungguh ku rindui saat ini ...apakan daya suasana sebegini tidak dpt kita tatapi di tanah air kita ... kerana kesibukan duniawi seringkali membatasi waktu untuk kita mendekatkan diri kepada Allah . Moga petunjuk dan hidayah Allah sentiasa menemani setiap tindakan dan perlakuan kita.

Melakukan Tawaf dilihat dari luaran adalah amat mudah kerana mungkin persepsi kita apalah sangat berjalan mengelilingi kaabah 7 kali ...bukan nya jauh pun , padahal Midvalley/KLCC yang besar itupun boleh diulang berpuluh kali sehari .. Tetapi , disinilah Allah menguji kesabaran kita . bermula dari titik permulaan tawaf , kita akan pasti dikelilingi ratusan manusia yang saiznya lebih besar dari kita , ditolak ,ditarik dilanggar semuanya pasti kita rasaai . dalam ribuan manusia kita perlu yakin bahawa pusingan kita telah cukup 7 kali ,tanpa khusyuk mungkin kita akan tersilap ...bila sampai ke hajarul aswad  ,kita perlu bersedia untuk istilam .namun ada insan yg tidak sbar dgn situasi ini ....tepuk dada tanyalah iman kita . Sama juga yang berlaku di tempat Saee laluan dari bukit safa ke bukit marwah ...kesabaran amat penting di sini .Yang penting niat kita untuk melakukan ibadat tersebut kerana Allah . pasti ibadat yg kita lakukan tidak akan tersasar .

Cabaran yang lg besar akan kita hadapi di Mina .dengan keadaan yang serba kekurangan ..tidur hanya berlapitkan tikar getah , beralaskan beg /tuala .. mknan yang ala kadar sahaja . beginilah asam garam kehidupan yg seringkali kita saksikan di kanvas kehidupan realiti ....Dengan dugaan kesulitan, kesusahan ,kemiskinan adakah kita masih mengingati pencipta kita yg Agung Allah SWT ?? ataupun seringkali kita menyalahi nasib kenapa takdir sebegini ? kenapa kita yg diberikan cabaran hebat sebegini ?
Namun tanpa kita sedari , ujian itu menandakan betapa Allah menyayagi kita.Kerana manusia seringkali mengingati Allah dikala ditmpa kesusahan , namun di waktu senang kita sering melupaiNya .

Ya Allah ya tuhan kami , sesungguhnya kami ini hambamu yang seringkali lupa dan lalai dlaam mengerjakan tuntutanMu . Anugerahkanlah kami petunjuk dan hidayahmu dalam setiap perlakuan dan pertimbangan kami . Ya Allah jangan Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau berikan kami petunjuk dan hidayahMu . Jadikan kami ini hambamu yang sentiasa mensyukuri nikmatmu Ya Allah .