Musim Haji datang lagi ...Labbaika Allahhumma labbaik . Selamat menunaikan ibadat haji buat semua Umat islam yang telah diberi Allah peluang dan kesempatan menjadi tetamuNya untuk menunaikan ibadat haji .
Semoga ibadat haji yang dilakukan diterima Allah . InsyaAllah .
Menatap gambar kaabah sahaja meruntun hati ini untuk datang lg mengunjungi Baitullah tempat yang paling tenang bagiku walau di kesibukan jutaan jemaah , namun menatapnya sahaja menjadikan jiwa kita tenang .
Moga Allah masih memberiku kesempatan untuk menjadi tetamuNya suatu hari nanti .InsyaAllah aku pasti akan datang lg menunaikan haji / umrah .Moga dengan keazaman , Allah akan memudahkan niatku menyediakan peluang dan ruang istimewa untuk menjadi tetamuNya .
Sesungguh saat menunaikan haji ,hati ,fikiran dan seluruh jiwa kita dipusatkan untuk beriabadat kepada Allah ..jemaah akan seboleh mungkin menunaikan SOLAT 5 waktu di Masjidil Haram .Menyaksikan ribuan saf dibarisi jutaan jemaah berimamkan Imam2 yang khusyuk yang adakalanya dapat kita saksikan tangisannya dalam mengalunkan ayat suci Al-Quran . di Makah /Madinah ,pasti kita boleh mengkhatamkan Al-Quran sekurang-kurangnya sekali .Alhamdulillah dapat kita lihat sesungghnya masih ramai umat yang mengingati Allah ,melakukan suruhannya dengan penuh tawaduk, menginsafi kekhilafan diri ,menghayati keagungan dan kebesaran Allah di bumi nan Indah . Sungguh ku rindui saat ini ...apakan daya suasana sebegini tidak dpt kita tatapi di tanah air kita ... kerana kesibukan duniawi seringkali membatasi waktu untuk kita mendekatkan diri kepada Allah . Moga petunjuk dan hidayah Allah sentiasa menemani setiap tindakan dan perlakuan kita.
Melakukan Tawaf dilihat dari luaran adalah amat mudah kerana mungkin persepsi kita apalah sangat berjalan mengelilingi kaabah 7 kali ...bukan nya jauh pun , padahal Midvalley/KLCC yang besar itupun boleh diulang berpuluh kali sehari .. Tetapi , disinilah Allah menguji kesabaran kita . bermula dari titik permulaan tawaf , kita akan pasti dikelilingi ratusan manusia yang saiznya lebih besar dari kita , ditolak ,ditarik dilanggar semuanya pasti kita rasaai . dalam ribuan manusia kita perlu yakin bahawa pusingan kita telah cukup 7 kali ,tanpa khusyuk mungkin kita akan tersilap ...bila sampai ke hajarul aswad ,kita perlu bersedia untuk istilam .namun ada insan yg tidak sbar dgn situasi ini ....tepuk dada tanyalah iman kita . Sama juga yang berlaku di tempat Saee laluan dari bukit safa ke bukit marwah ...kesabaran amat penting di sini .Yang penting niat kita untuk melakukan ibadat tersebut kerana Allah . pasti ibadat yg kita lakukan tidak akan tersasar .
Cabaran yang lg besar akan kita hadapi di Mina .dengan keadaan yang serba kekurangan ..tidur hanya berlapitkan tikar getah , beralaskan beg /tuala .. mknan yang ala kadar sahaja . beginilah asam garam kehidupan yg seringkali kita saksikan di kanvas kehidupan realiti ....Dengan dugaan kesulitan, kesusahan ,kemiskinan adakah kita masih mengingati pencipta kita yg Agung Allah SWT ?? ataupun seringkali kita menyalahi nasib kenapa takdir sebegini ? kenapa kita yg diberikan cabaran hebat sebegini ?
Namun tanpa kita sedari , ujian itu menandakan betapa Allah menyayagi kita.Kerana manusia seringkali mengingati Allah dikala ditmpa kesusahan , namun di waktu senang kita sering melupaiNya .
Ya Allah ya tuhan kami , sesungguhnya kami ini hambamu yang seringkali lupa dan lalai dlaam mengerjakan tuntutanMu . Anugerahkanlah kami petunjuk dan hidayahmu dalam setiap perlakuan dan pertimbangan kami . Ya Allah jangan Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau berikan kami petunjuk dan hidayahMu . Jadikan kami ini hambamu yang sentiasa mensyukuri nikmatmu Ya Allah .
Namun tanpa kita sedari , ujian itu menandakan betapa Allah menyayagi kita.Kerana manusia seringkali mengingati Allah dikala ditmpa kesusahan , namun di waktu senang kita sering melupaiNya .
Ya Allah ya tuhan kami , sesungguhnya kami ini hambamu yang seringkali lupa dan lalai dlaam mengerjakan tuntutanMu . Anugerahkanlah kami petunjuk dan hidayahmu dalam setiap perlakuan dan pertimbangan kami . Ya Allah jangan Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau berikan kami petunjuk dan hidayahMu . Jadikan kami ini hambamu yang sentiasa mensyukuri nikmatmu Ya Allah .


No comments:
Post a Comment